Skip to main content
x

1TeachersCard

 

  • Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan Kad Kredit '1TeachersCard' yang dicipta eksklusif untuk guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • '1TeachersCard' secara rasminya telah dilancarkan pada 16 Mei 2013 ketika Majlis Pelancaran Karnival Hari Guru Tahun 2013 di Seremban, Negeri Sembilan.

  • Kad kredit ini diperkenalkan khusus untuk menghargai sumbangan warga pendidik kepada masyarakat dan negara dengan menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan berbanding kad kredit lain di pasaran.

  • Ditawarkan dalam bentuk Skim Islamik dan Konvensional dengan pelbagai manfaat seperti berikut:

 

4

 

  • Bagi kemudahan pembayaran, pemegang kad boleh mengakses pelbagai transaksi menerusi rangkaian besar, cawangan dan mesin ATM/CDM BSN di seluruh negara atau melalui perbankan internet menerusi portal mybsn.com.my, BSN:SMS atau GIRO antara bank.

  • Menerusi langganan kad kredit ini, YGMB turut menawarkan pengecualian bayaran Yuran Pendaftaran Keahlian sebanyak RM10 kepada guru-guru dan kakitangan yang telah memiliki '1TeachersCard' tetapi masih belum menjadi Ahli YGMB.

  • Mulai tahun 2014, YGMB dan BSN telah meluaskan syarat pemilikan '1TeachersCard' tidak terhad kepada guru-guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan tetapi turut ditawarkan kepada pegawai dan kakitangan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang masih berkhidmat di seluruh negara.

  • Kini, terdapat lebih 70,000 pemegang aktif kad kredit '1TeachersCard' di seluruh negara.