Visi

Organisasi penyayang dan berwibawa daripada guru untuk guru demi memartabatkan profesion keguruan

Misi

  • Mengadakan kebajikan, bantuan serta kemudahan untuk guru
  • Menjana sumber kewangan untuk mengukuhkan dana kebajikan guru
  • Membantu meningkatkan kualiti profesionalisme guru

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah Akta Syarikat sejak 7 Mac 1994. YGMB diwujudkan pertama kali dalam sejarah pendidikan negara untuk menjadi payung utama kepada warga pendidik bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela dalam apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan di samping membantu memartabatkan profesion keguruan dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk meningkatkan profesionalisme keguruan negara.

Justeru, YGMB bertindak menyumbang idea, menyusun strategi dan mengatur tindakan untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  memperhebatkan lagi peranan guru-guru sekaligus melestarikan bidang pendidikan negara agar lebih mapan dalam mendidik anak bangsa.

Sebagai sebuah badan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan guru di seluruh negara, YGMB sentiasa mengangkat slogan “Daripada Guru Untuk Guru” sebagai falsafah perjuangan.

Slogan yang diangkat ini bukan satu retorik namun ia terbukti dengan pencapaian menerusi  pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh YGMB setiap tahun diseluruh pelosok negeri.

Antara usaha yang dipelopori oleh YGMB adalah dengan mewujudkan inisiatif skim keahlian seperti Ahli Seumur Hidup (ASH), Ahli Skim 16 (AS16), Ahli Skim 18 (AS18) dan Ahli Skim Emas (ASE) bagi manfaat guru secara keseluruhan.

Menerusi kejayaan yang dicapai oleh YGMB, KPM  memberi mandat kepada YGMB untuk menganjurkan Festival Guru Malaysia (FGM) yang merupakan sebuah acara berskala besar sempena sambutan tahunan Hari Guru.

Dengan pencapaian cemerlang yang diperoleh hampir tiga dekad lalu, YGMB mendapat kepercayaan banyak rakan strategik swasta dengan menjalin kerjasama untuk membawa yayasan ke tahap tertinggi sekaligus memberi lebih banyak manfaat kepada ahlinya.

Antara rakan strategik yang menjalin kerjasama dengan YGMB adalah Celcom, SHARP, Bank Simpanan Nasional (BSN), PERODUA, Co-opbank Pertama dan banyak lagi.

Dalam usaha mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan,  seluruh warga kerja YGMB  komited untuk terus berusaha ke arah perubahan dan peningkatan inovatif, berfikiran terbuka untuk terus maju dan menyesuaikan diri dengan arus perubahan dan transformasi dalam persekitaran nasional mahupun global untuk mengekalkan hubungan baik YGMB dengan warga pendidik.

Dengan komitmen pasukan pengurusan dan dedikasi serta sokongan berterusan daripada warga pendidik, YGMB berpotensi menjadi sebuah yayasan contoh bagi kecemerlangan dan keunggulan, setanding dengan piawaian antarabangsa.

PENCAPAIAN DAN STATISTIK

1994 - 2023

NILAI BAYARAN MANFAAT

RM0Juta

NILAI BAYARAN MANFAAT
SKIM KEAHLIAN

0

SKIM KEAHLIAN
JUMLAH AHLI

0

JUMLAH AHLI