Blogs

Perasmian Penutupan Sambutan Hari Guru SK Kuala Sentol

Maran, 18 Mei 2015 “ Perayaan Hari Guru bukan sahaja disambut di peringkat kebangsaan bahkan turut disambut di peringkat sekolah khusus untuk menghargai sumbangan bakti guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah berkenaan. Begitu juga dengan SK Kuala Sentol, Maran, Pahang yang juga meraikan sambutan Hari Guru dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat.

Undefined

Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan

ALOR SETAR, 16 Mei 2015 “ Hari Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei sebagai tanda penghargaan buat para guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan negara. Dengan tema Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”, sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-44 ini amat bertepatan dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyempurnakan keberhasilan berpandukan enam aspirasi murid sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Undefined

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-21

KUCHING, 25 April 2015 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-21 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah diadakan di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak. Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Naroden Hj. Majais, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri dan Menteri Muda Perancangan Sumber (Pembangunan Usahawan) mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak.

Undefined

YGMB Membantu Mangsa Banjir Negeri Kelantan

Kota Bharu 7 Mac 2015. Keprihatinan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan terbukti apabila YGMB segera mengerakkan unit keahlian dan kebajikan untuk mengesan dan mengesahkan bilangan ahli yang terlibat dalam bencana tersebut.

Undefined

YGMB Bantu Cikgu Mati Lemas Semasa Banjir Baru-Baru Ini

KEMAMAN 22 Jan. Bencana banjir yang melanda negara pada tahun 2015 amat dahsyat dan menyedihkan, terutama di negari-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang selain daripada Sabah dan Sarawak. Bencana yang menyayat hati ini mengakibatkan mangsa kehilangan rumah, harta denda dan yang paling menyayat hati adalah kehilangan kaum keluarga yang tersayang.

Undefined

YGMB Membantu Mangsa Banjir Negara

Putrajaya 14 Jan 2015. Keprihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu mangsa banjir di seluruh negara terbukti apabila pihak kementerian telah menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Kementerian Pendidikan. Penubuhan tabung ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan yang diterima daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta sebelum diserahkan kepada agensi yang bertanggungjawab.

Undefined

Pages

Top