Skip to main content
x

CALON UPSR, PT3, SPM BOLEH DAPATKAN BUKU SOALAN

 

JOHOR BAHRU, 10 Mei 2017 – Calon-calon yang akan menduduki tiga pepe­riksaan utama tahun ini berpeluang mendapatkan kertas soalan lengkap yang telah dibukukan pada Festival Hari Guru bermula Jumaat ini hingga Selasa depan di Angsana Mall, Johor Bahru.

 

Kertas soalan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dilengkapi dengan soalan-soalan tahun lalu bagi semua mata pelajaran.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Ya­yasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, sebanyak 40 peratus potongan diberikan secara eksklusif kepada pembeli dengan harga antara RM7.95 hingga RM22.95 yang berkunjung ke festival anjuran Kumpulan Utusan ber­kenaan.

 

“Pihak YGMB meng­ambil inisiatif menerbitkan kertas-kertas soalan semua mata pelajaran lengkap berbentuk buku bagi memudahkan calon-calon mengulang kaji dan menjawab soalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

 

Sumber: Utusan