Juruteknik Komputer SK Parit Bunga Terharu Terima Sumbangan Akibat Kemalangan Jalan Raya

MUAR, 1 Oktober 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan “Pembiayaan Kos Perubatan Hospital Akibat Kemalangan Jalan Raya” berjumlah RM9,344 kepada Juruteknik Komputer En. Mohd Raffizal Mohamed Sani di SK Parit Bunga, Muar Johor.

Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat di SK Parit Bunga hari ini.

Mesyuarat Penyelarasan Program Keahlian & Kebajikan YGMB Bagi Warga Pendidik Di Sabah

KOTA KINABALU, 3 Oktober 2015 – Mesyuarat penyelarasan ini bertujuan bagi memperluaskan lagi peryertaan guru-guru baharu khususnya Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Negeri Sabah untuk berdaftar sebagai ahli YGMB. Usaha ini bagi memberi peluang kepada guru-guru baharu menikmati pelbagai faedah dan manfaat yang disediakan oleh YGMB. Mesyuarat telah diadakan pada 3 Oktober 2015 (Sabtu) bertempat di Grandis Hotel & Resorts, Kota Kinabalu, Sabah.

Perasmian Penutupan Sambutan Hari Guru SK Kuala Sentol

Maran, 18 Mei 2015 “ Perayaan Hari Guru bukan sahaja disambut di peringkat kebangsaan bahkan turut disambut di peringkat sekolah khusus untuk menghargai sumbangan bakti guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah berkenaan. Begitu juga dengan SK Kuala Sentol, Maran, Pahang yang juga meraikan sambutan Hari Guru dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat.

Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan

ALOR SETAR, 16 Mei 2015 “ Hari Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei sebagai tanda penghargaan buat para guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan negara. Dengan tema Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”, sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-44 ini amat bertepatan dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyempurnakan keberhasilan berpandukan enam aspirasi murid sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Pages

Top