PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Melonjak Transformasi Pendidikan Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis dan Cameron Highlands

KUALA LIPIS, 22 Februari 2016 – Program bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) kali ini diteruskan ke Daerah Lipis dan Cameron Highlands apabila telah berjaya

dilaksanakan di Daerah Kuantan pada November tahun lalu. Program yang dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi YGMB dan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang itu telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang guru muda sekitar Daerah Lipis dan Cameron Highlands dan telah diadakan di Dewan Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Undefined

PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak

KUCHING, 14 Januari 2016 – Program bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) akan terus digerakkan ke seluruh negara bagi tujuan menyebarluaskan maklumat dan peranan

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khususnya kepada semua guru-guru muda. Program kerjasama ini juga merupakan satu platform untuk YGMB mendekati ahli-ahli dan guru-guru baharu agar mereka lebih jelas mengenai produk-produk yang ingin ditawarkan oleh YGMB.

Undefined

Program “Memperkasakan Potensi Kreatif Guru Muda 1Malaysia Dalam Aplikasi Pendidikan Sejagat” Peringkat Daerah Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU, 14 November 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad akan melaksanakan pendekatan lebih agresif dengan menganjurkan jelajah di seluruh daerah di negeri ini bermula awal tahun depan. Langkah itu jelas Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat adalah bagi memastikan semua guru muda di negeri ini mendaftar sebagai ahli dalam yayasan ini.

Menurutnya, YGMB akan bekerjasama dengan semua pejabat pendidikan dan persatuan guru muda di setiap daerah bagi melaksanakan kempen secara berterusan.

Undefined
Top