Blogs

Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Undefined

ALOR SETAR, 16 Mei 2015 “ Hari Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei sebagai tanda penghargaan buat para guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan negara. Dengan tema Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”, sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-44 ini amat bertepatan dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyempurnakan keberhasilan berpandukan enam aspirasi murid sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Bersempena dengan sambutan hari guru itu juga, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) turut mengambil peluang menyertai pameran sepanjang festival berlangsung iaitu bermula 13 hingga 16 Mei 2015. Tiada yang lebih membanggakan apabila booth YGMB telah dikunjungi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan yang juga penaung YGMB, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd Yassin ketika beliau melakukan lawatan ke gerai-gerai pameran sempena Festival Hari Guru 2015 anjuran Kumpulan Utusan dan Kementerian Pendidikan sejurus usai merasmikan Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

  • Title: Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan
  • Posted by:
  • Date: 3:42 PM
  • Tags:
Top