Blogs

LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA ADIK SITI NURAISYAH – Tanda Keprihatinan Berterusan YGMB

KLANG, 26 Januari 2016 – Keprihatinan pihak Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) juga tidak terhad kepada warga pendidik khususnya Ahli YGMB

bahkan turut terpanggil menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada pelajar yang memerlukan. Ini terbukti apabila adik Siti Nuraisyah, pelajar SMK Bagan Terap yang putus kaki akibat digilis lori tempoh hari mendapat perhatian YGMB.

Satu lawatan ringkas yang dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi YGMB dan YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB telah diadakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini. Lawatan berkenaan juga turut dihadiri oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam. Hadir sama adalah Guru Kanan Mata Pelajaran SMK Bagan Terap, Cikgu Zawawi Samad.

Dalam lawatan berkenaan Tan Sri Alimuddin turut menyarankan agar pihak sekolah dan PIBG mengambil inisiatif dan pendekatan tertentu dalam usaha mengelakkan pelajar hadir ke sekolah dengan menaiki motorsikal kerana amat berbahaya. Beliau berkata kepada wartawan yang hadir dalam lawatan berkenaan.

  • Title: LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA ADIK SITI NURAISYAH – Tanda Keprihatinan Berterusan YGMB
  • Posted by:
  • Date: 1:54 PM
  • Tags:
Top