Blogs

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-21

Undefined

KUCHING, 25 April 2015 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-21 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah diadakan di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak. Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Naroden Hj. Majais, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri dan Menteri Muda Perancangan Sumber (Pembangunan Usahawan) mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak.

Mesyuarat yang julung kalinya diadakan di Kepulauan Borneo tersebut bertujuan memberi peluang kepada Ahli YGMB untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan di samping bertujuan menyebarluaskan maklumat serta informasi berkaitan produk baharu dan aktiviti terkini YGMB.

MAT Kali Ke-21 ini juga menyaksikan pemilihan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YGMB yang baharu bagi menggantikan ALPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datu Abdillah Adam, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak yang telah berjaya dipilih oleh ahli mesyuarat dengan majoriti 143 undi.

  • Title: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-21
  • Posted by:
  • Date: 3:57 PM
  • Tags:
Top