Blogs

Mesyuarat Penyelarasan Program Keahlian & Kebajikan YGMB Bagi Warga Pendidik Di Sabah

KOTA KINABALU, 3 Oktober 2015 – Mesyuarat penyelarasan ini bertujuan bagi memperluaskan lagi peryertaan guru-guru baharu khususnya Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Negeri Sabah untuk berdaftar sebagai ahli YGMB. Usaha ini bagi memberi peluang kepada guru-guru baharu menikmati pelbagai faedah dan manfaat yang disediakan oleh YGMB. Mesyuarat telah diadakan pada 3 Oktober 2015 (Sabtu) bertempat di Grandis Hotel & Resorts, Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) dan Majlis Guru Besar Sabah (MGBS) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iaitu Tuan Raisin bin Saidin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Razali bin Haji Matali, Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran, dan En. Azmi bin Datuk Haji Matussin, Ketua Unit Pengurusan Sekolah.

Dalam mesyuarat berkenaan, KGKS yang dihadiri seramai 13 orang exco telah diketuai oleh Presidennya En. Hussin bin Basir dan MGBS diketuai oleh Yang Dipertua En. Lasmin bin Majani. Manakala GM1M Sabah diketuai oleh Pn. Noor Sabariah binti Datuk Jasa dan GM1M Daerah Kota Kinabalu diketuai oleh Pn. Nor Aishah binti Aribun.

  • Title: Mesyuarat Penyelarasan Program Keahlian & Kebajikan YGMB Bagi Warga Pendidik Di Sabah
  • Posted by:
  • Date: 3:16 PM
  • Tags:
Top