Blogs

Perasmian Penutupan Sambutan Hari Guru SK Kuala Sentol

Undefined

Maran, 18 Mei 2015 “ Perayaan Hari Guru bukan sahaja disambut di peringkat kebangsaan bahkan turut disambut di peringkat sekolah khusus untuk menghargai sumbangan bakti guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah berkenaan. Begitu juga dengan SK Kuala Sentol, Maran, Pahang yang juga meraikan sambutan Hari Guru dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di sekolah berkenaan dan Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Dato’ Wan Munadi Wan Mamat. Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan kepada bekas-bekas guru SK Kuala Sentol yang sedang mengalami masalah kesihatan selepas bersara.

Sempena dengan majlis itu juga, YGMB turut mengambil peluang membuka booth pameran khusus untuk warga sekolah di samping memberi informasi terkini berkaitan produk dan aktiviti kepada guru-guru yang hadir khususnya ahli-ahli YGMB.

  • Title: Perasmian Penutupan Sambutan Hari Guru SK Kuala Sentol
  • Posted by:
  • Date: 3:38 PM
  • Tags:
Top