Blogs

Program “Memperkasakan Potensi Kreatif Guru Muda 1Malaysia Dalam Aplikasi Pendidikan Sejagat” Peringkat Daerah Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU, 14 November 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad akan melaksanakan pendekatan lebih agresif dengan menganjurkan jelajah di seluruh daerah di negeri ini bermula awal tahun depan. Langkah itu jelas Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat adalah bagi memastikan semua guru muda di negeri ini mendaftar sebagai ahli dalam yayasan ini.

Menurutnya, YGMB akan bekerjasama dengan semua pejabat pendidikan dan persatuan guru muda di setiap daerah bagi melaksanakan kempen secara berterusan.

Menerusi kempen ini, kita yakin dapat memberikan penerangan dan pendedahan kepada guru muda tentang kepentingan menyertai YGMB demi kebajikan serta masa depan mereka.” Katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Memperkasakan Potensi Kreatif GM1M dalam Aplikasi Pendidikan Sejagat di sini baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi YGMB, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Raof bin Hussin dan Presiden GM1M negeri Sabah, Puan Noor Sabariah Datuk Jasa.

  • Title: Program “Memperkasakan Potensi Kreatif Guru Muda 1Malaysia Dalam Aplikasi Pendidikan Sejagat” Peringkat Daerah Kota Kinabalu, Sabah
  • Posted by:
  • Date: 2:43 PM
  • Tags:
Top