728x90 AdSpace

­Top Banner Advertisement

Blogs

PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak

Undefined

KUCHING, 14 Januari 2016 – Program bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) akan terus digerakkan ke seluruh negara bagi tujuan menyebarluaskan maklumat dan peranan

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khususnya kepada semua guru-guru muda. Program kerjasama ini juga merupakan satu platform untuk YGMB mendekati ahli-ahli dan guru-guru baharu agar mereka lebih jelas mengenai produk-produk yang ingin ditawarkan oleh YGMB.

Ketika ini kira-kira 300,000 guru di seluruh negara masih belum menjadi ahli dan YGMB menyasarkan kira-kira 200,000 guru baharu di seluruh negara khususnya menerusi program GM1M untuk sama-sama menyertai YGMB bagi membolehkan mereka memperolehi manfaat dan faedah yang ditawarkan.

Program GM1M yang baharu digerakkan pada tahun lalu bermula di Terengganu seterusnya di Pahang dan kini di Sarawak, akan ke Daerah Bintulu pada akhir Februari nanti. Hanya dengan bayaran RM10, guru-guru dapat menikmati jumlah keseluruhan nilai 16 faedah kebajikan melebihi RM70,000.00.

Dalam pada itu, hampir 600 orang guru muda dari Daerah Kuching telah hadir dalam program GM1M yang telah diadakan di Dewan HIKMAH, Kuching turut mengandungi sesi perkongsian ilmu daripada YBhg. Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi YGMB untuk guru-guru muda termasuk amanat 2016 yang telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Pn. Rakayah binti Haji Madon.

Hadir sama dalam majlis adalah YBhg. Dato’ Haji Abdul Raof Hussin, Timbalan Pengerusi YGMB dan YBhg. Datu Abdillah Adam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB yang juga mantan Pengarah Pendidikan Sarawak.

Dalam program tersebut juga, Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kuching telah turut sama mempromosikan Kad Kredit ‘1TeachersCard’ yang juga merupakan produk utama YGMB hasil kerjasama strategik dengan bank berkenaan. Dalam majlis berkenaan juga, Puan Rakayah Haji Madon telah diumumkan sebagai pemenang dan penerima hadiah utama cabutan bertuah ‘Kempen Impian Tunai 8’, anjuran bersama BSN.

  • Title: PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak
  • Posted by:
  • Date: 5:12 PM
  • Tags:
  • Comments

0 Comments

Top