Blogs

Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya

Undefined

PUTRAJAYA, 15 Jun 2015 Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWP) telah diadakan pada bermula 14 hingga 17 Jun 2015 di Kompleks Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sempena sambutan perayaan tersebut, pihak JPWP turut menganjurkan Program Bicara Pendidik yang menampilkan YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sebagai tetamu kehormat. Dalam program berkenaan YBhg. Tan Sri Dato’ Alimuddin juga menyampaikan ucapan khas sempena Hari Guru yang bertajuk Guru Membina Ilmu & Menyempurnakan Akhlak yang juga merupakan tajuk tema bagi Sambutan Hari Guru Tahun 2015.

Dalam majlis tersebut YBhg. Tan Sri turut menyampaikan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM500 kepada enam orang guru dan juga Ahli YGMB yang sedang menghidap penyakit kronik.

  • Title: Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Posted by:
  • Date: 3:24 PM
  • Tags:
Top