Blogs

Sambutan Hari Raya Di PPD Maran, Pahang

Undefined

Maran, 6 Ogos 2015 – Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran, Pahang telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Peringkat PPD Maran yang telah diadakan pada 6 Ogos 2015 bertempat di Dewan PPD Maran, Pahang.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) turut diundang bagi menyampaikan taklimat khas berhubung keahlian dan produk kebajikan kepada warga pendidik di samping memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Raya berkenaan. Beliau turut menyeru kepada semua warga pendidik khususnya Guru Muda untuk menyertai YGMB demi kebajikan dan jaminan masa hadapan mereka.

Dato’ Wan Munadi dalam ucapannya juga berkata, dengan jumlah yuran serendah RM10 sebulan, ahli berhak mendapat pelbagai kemudahan termasuk 16 faedah yang mencecah nilai sehingga RM50,000.00. YGMB juga akan terus bekerjasama dengan semua pejabat pendidikan dan persatuan guru muda di setiap daerah bagi melaksanakan kempen secara berterusan.

Majlis yang dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah En. Jailani Rudin dan Pengerusi Guru Muda Maran, En. Mohd Azuan Saari juga dihadiri oleh kira-kira seramai 200 orang guru itu turut menerima sumbangan daripada pihak YGMB.

  • Title: Sambutan Hari Raya Di PPD Maran, Pahang
  • Posted by:
  • Date: 3:34 PM
  • Tags:
Top