Blogs

Sesi Profesionalisme Keguruan Penggerak Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Daerah Kuala Muda/Yan

Undefined

SUNGAI PETANI, 15 September 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) akan melancarkan kempen secara besar-besaran di seluruh negara bagi menarik minat lebih ramai guru muda termasuk pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi ahli.

Penyertaan yang menggalakkan di kalangan guru pelbagai kaum juga menunjukkan bahawa skim baharu yang diperkenalkan oleh YGMB sejak tahun 2012 itu mampu menjamin kebajikan dan kepentingan mereka di masa hadapan.

Pada masa ini lebih 400,000 orang guru berkhidmat di seluruh negara dan seramai 90,000 orang telah menjadi ahli YGMB sejak ditubuhkan pada 7 Mac 1994 dan bilangan ini dijangka akan terus meningkat pada masa hadapan. Apatah lagi dengan hanya bayaran RM10 sebulan akan membolehkan ahli memperoleh nilai keseluruhan lebih RM50,000 bagi 16 jenis sumbangan kebajikan.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Tuan Haji Mohamad Jamil bin Md. Noh, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Badrunsham bin Dahalan @ Omar, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan, YBhg. Dato’ Haji Hassan Hashim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Tuan Haji Ismail Ahmad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB dan YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB.

Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, ketika menyampaikan ucapan dalam Sesi “Profesionalisme Keguruan Penggerak Guru Muda 1Malaysia” anjuran PPD Kuala Muda/Yan turut melahirkan keyakinan menjelang tahun 2020, sebanyak 50 peratus guru muda di negara ini akan digalakkan menjadi ahli dan dalam tempoh itu juga banyak bidang ekonomi termasuk perhotelan akan berjaya dilaksanakan oleh YGMB.

Seramai 374 orang guru di Daerah Kuala Muda dan Yan termasuk guru bukan melayu menyertai program anjuran PPD Kuala Muda Yan itu yang telah diadakan di Sungai Petani Inn, Jalan Kolam Air pada 15 September 2015 yang lalu.

  • Title: Sesi Profesionalisme Keguruan Penggerak Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Daerah Kuala Muda/Yan
  • Posted by:
  • Date: 5:09 PM
  • Tags:
  • Comments

0 Comments

Top