Blogs

YGMB Bantu Cikgu Mati Lemas Semasa Banjir Baru-Baru Ini

Undefined

KEMAMAN 22 Jan. Bencana banjir yang melanda negara pada tahun 2015 amat dahsyat dan menyedihkan, terutama di negari-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang selain daripada Sabah dan Sarawak. Bencana yang menyayat hati ini mengakibatkan mangsa kehilangan rumah, harta denda dan yang paling menyayat hati adalah kehilangan kaum keluarga yang tersayang.

Di Terengganu tragedi menyayat hati ini berlaku kepada keluarga Cikgu Nur Hayati Sulang. Beliau dan suaminya En. Suhaimi Awang telah mati lemas akibat banjir. Allahyarhamah yang bertugas di SMK Geliga, Kemaman Terengganu meninggalkan enam orang anak yang berusia antara 13 tahun dan yang paling kecil berusia 5 bulan.

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) rasa terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah walaupun Allahyarhamah bukan ahli YGMB. Dato’ Hj,. Wan Munadi Wan Mamat Ketua Pegawai Eksekutif YGMB turun padang mewakili YGMB untuk memberi sumbangan sebanyak RM2,000.00 kepada keluarga Allahyarhamah.

Semoga sumbangan yang tidak sepertinya itu dapat membantu anak-anak Allahyarhamah yang telah menjadi yatim piatu dalam sekelip mata untuk menjalani kehidupan mereka. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan suhada.

  • Title: YGMB Bantu Cikgu Mati Lemas Semasa Banjir Baru-Baru Ini
  • Posted by:
  • Date: 3:59 PM
  • Tags:
Top