Blogs

YGMB Membantu Mangsa Banjir Negara

Putrajaya 14 Jan 2015. Keprihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu mangsa banjir di seluruh negara terbukti apabila pihak kementerian telah menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Kementerian Pendidikan. Penubuhan tabung ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan yang diterima daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta sebelum diserahkan kepada agensi yang bertanggungjawab.

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) turut menyumbangkan kepada tabung tersebut. Sebanyak RM50,000.00 telah disumbangkan oleh YGMB kepada Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin di Majlis Penyampaian Hadiah “Kerana Anda Begitu Istimewa” pada 14 Januari 2015 di Auditorium Komplek E, Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini.

Semoga sumbangan tersebut dapat membantu negara dalam usaha untuk membangunkan semula kehidupan mangsa banjir baru-baru ini

  • Title: YGMB Membantu Mangsa Banjir Negara
  • Posted by:
  • Date: 4:02 PM
  • Tags:
Top