Blogs

YGMB Membantu Mangsa Banjir Negeri Pahang

Undefined

Kuantan 11 Feb 2014. Keprihatinan Yayasan Guru Malaysia berhad (YGMB) dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri Pahang terbukti apabila YGMB segera mengerakkan unit keahlian dan kebajikan untuk mengesan dan mengesahkan bilangan ahli yang terlibat dalam bencana tersebut.

Di negeri Pahang sebanyak 110 ahli YGMB yang terlibat dengan bencana ini. YGMB segera memperuntukkan bantuan kewangan bernilai RM55,000.00 untuk mangsa banjir itu. Majlis penyampaiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi YGMB sendiri Tan Sri Dato’ Alimuddin Mohd Dom di SMK Paya Besar, Jalan Gambang. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, PPD Daerah Kuantan, Timbalan Pengerusi YGMB Dato’ Raof Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Mejar Wan Munadi Wan Mamat, Pengurus Keahlian dan Kebajikan YGMB, Tn. Hj. Suhaimi Rashid dan pegawai-pegawai lain dari JPN. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Md Dom menyatakan bahawa YGMB rasa bertanggungjawab terhadap bencana yang ditimpa oleh ahli-ahlinya, oleh itu YGMB perlu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tersebut bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Salah seorang mangsa yang ditemui menyatakan kesyukuran terhadap YGMB datang dan memberi bantuan tepat pada waktunya, bagi mereka bantuan seperti ini sangat diperlukan untuk membeli perkakas di rumah dan peralatan persekolahan anak-anak mereka yang telah rosak.

Pengerusi YGMB, Tan Sri Dato’ Alimuddin Mohd Dom berkata agihan diberi berdasarkan tuntutan yang telah diterima daripada anggota yang terlibat. Sehubungan itu beliau meminta kepada anggota YGMB yang belum membuat tuntutan banjir agar berbuat demikian dengan kadar segera

  • Title: YGMB Membantu Mangsa Banjir Negeri Pahang
  • Posted by:
  • Date: 2:53 PM
  • Tags:
  • Comments

0 Comments

Top