Skip to main content
x

GURU SAMBUNG PhD, KEMALANGAN GEMBIRA TERIMA SUMBANGAN

SEGAMBUT, 25 September 2017 –Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan bagi faedah Kemasukan Ahli Ke IPTA berjumlah RM1,000 kepada Abdul Rahim Abu, Guru Besar SK Segambut Makmur yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat di sebuah majlis yang diadakan di SK Segambut Makmur.

Turut disampaikan sumbangan faedah Rawatan Hospital (Kemalangan Jalan Raya) berjumlah RM10,000 kepada Muhammad Hafiz Mohamad Ashhar, guru dari SK Sri Thandayuthapani yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 21 Ogos lalu dan telah menerima rawatan di Kajang Plaza Medical Centre.