-
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan Kad Kredit '1TeachersCard' yang dicipta eksklusif untuk guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
'1TeachersCard' secara rasminya telah dilancarkan pada 16 Mei 2013 ketika Majlis Pelancaran Karnival Hari Guru Tahun 2013 di Seremban, Negeri Sembilan.
-
Kad kredit ini diperkenalkan khusus untuk menghargai sumbangan warga pendidik kepada masyarakat dan negara dengan menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan berbanding kad kredit lain di pasaran.
-
Ditawarkan dalam bentuk Skim Islamik dan Konvensional dengan pelbagai manfaat seperti berikut:
![]()
|
-
Bagi kemudahan pembayaran, pemegang kad boleh mengakses pelbagai transaksi menerusi rangkaian besar, cawangan dan mesin ATM/CDM BSN di seluruh negara atau melalui perbankan internet menerusi portal mybsn.com.my, BSN:SMS atau GIRO antara bank.
-
Menerusi langganan kad kredit ini, YGMB turut menawarkan pengecualian bayaran Yuran Pendaftaran Keahlian sebanyak RM10 kepada guru-guru dan kakitangan yang telah memiliki '1TeachersCard' tetapi masih belum menjadi Ahli YGMB.
-
Mulai tahun 2014, YGMB dan BSN telah meluaskan syarat pemilikan '1TeachersCard' tidak terhad kepada guru-guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan tetapi turut ditawarkan kepada pegawai dan kakitangan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang masih berkhidmat di seluruh negara.
-
Kini, terdapat lebih 70,000 pemegang aktif kad kredit '1TeachersCard' di seluruh negara.