Skip to main content
x

WAKIL GURU TERHARU TERIMA SUMBANGAN YGMB

KENINGAU, 12 Ogos 2017 - Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan bagi faedah Kos Perubatan dan Elaun Hospital berjumlah RM10,150 kepada wakil Mustiah Diris di dalam Program GM1M PPD Keningau yang telah diadakan di SJK (C) Yuk Yin.

 

Mustiah Diris, 46, yang bertugas di SK Pamol telah mengalami kecederaan parah apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Beluran pada 10 Mei yang lalu. Disebabkan kecederaan yang dialami, beliau telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum dipindahkan ke KPJ Sabah. 

 

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

 

Dalam program tersebut juga YGMB turut menyampaikan replika Kad Ahli YGMB kepada Norsia Mohamad Timhal, Ketua Penggerak GM1M daerah Keningau.