Skip to main content
x

Keahlian YGMB

Keahlian YGMB terbuka kepada semua guru termasuk kakitangan sokongan yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah-sekolah. Pemohonan menjadi ahli YGMB boleh dibuat secara online "e-keahlian" atau mengisi Borang Permohonan Keahlian YGMB. Permohonan keahlian YGMB adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pemegang Amanah atau Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan YGMB.

 

YURAN

1. Yuran Pendaftaran RM10.00

2. Yuran Bulanan Keahlian RM10.00

 

Ahli YGMB yang sedang berkhidmat diwajibkan membayar Yuran Bulanan melalui potongan gaji menerusi Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).

 

Ahli yang berkhidmat dan akan membayar Yuran Bulanan melalui potongan BPA hendaklah mengemukakan dokumen berikut :

1. Borang BPA 1/72 yang lengkap ditandatangani dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/PPD

2. Salinan Slip Gaji terkini yang telah disahkan

3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan