Skip to main content
x

Kebajikan

SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI BAHARU

AB

  • Semua permohonan tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari.
  • Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak YGMB dari masa ke semasa.

 

SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI SEUMUR HIDUP

 

aSH

* Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak YGMB dari masa ke semasa.

 

STATISTIK SUMBANGAN KEBAJIKAN BERAKHIR 30 JUN 2017

30 JUN 2017

 

STATISTIK SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI SEUMUR HIDUP

BERAKHIR 30 JUN 2017

ASH 30 JUN 2017

 

STATISTIK SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI BAHARU

BERAKHIR 30 JUN 2017

AB 30 JUN 2017

 

LAPORAN SUMBANGAN KEBAJIKAN TAHUN 2016

 

Sejak ditubuhkan pada tahun 1994, YGMB telah membelanjakan lebih RM14 juta sumbangan pelbagai faedah kebajikan. Tahun 2016 sahaja YGMB telah menyumbang sebanyak RM1,084,316.35 kepada ahli-ahlinya dan nilai ini tidak termasuk sumbangan kepada pihak-pihak berkaitan lain.

 

Statistik nilai sumbangan kebajikan kepada ahli mengikut tahun seperti di Graf 1 berikut.

GRAF1

 

Graf 1

STATISTIK SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI MENGIKUT TAHUN

 

 

Daripada RM1,084,316.35 jumlah keseluruhan sumbangan kebajikan pada tahun 2016, sebanyak RM737,415.90 atau 68% adalah jumlah sumbangan kepada Ahli Seumur Hidup dan selebihnya adalah nilai sumbangan kepada Ahli Baharu. Graf 2 menunjukkan pecahan nilai sumbangan tersebut.

GRAF2

 

 Graf 2

NILAI SUMBANGAN KEBAJIKAN

AHLI SEUMUR HIDUP & AHLI BAHARU 2016

 

 

SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI SEUMUR HIDUP

 

Daripada nilai sumbangan berjumlah RM737,415.90 yang melibatkan seramai 2,827 Ahli Seumur Hidup, sebanyak RM367,200.00 atau 49.8% adalah sumbangan Hadiah Persaraan sekaligus merupakan kategori sumbangan kebajikan terbesar direkodkan pada tahun 2016. Jumlah ini melibatkan seramai 1,836 orang pesara berbanding hanya 900 ahli pada tahun lalu.

Ini diikuti dengan sumbangan kebajikan kategori Tamat Pengajian dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM183,300.00. Kategori sumbangan Khairat Kematian pula merekodkan nilai berjumlah RM131,500.00 melibatkan 263 ahli yang telah meninggal dunia sepanjang tahun 2016. Bagi sumbangan Rawatan Hospital pula sebanyak RM47,515.90 telah disumbangkan, manakala sumbangan kategori Bencana adalah sebanyak RM7,900.00 direkodkan.

Statistik sumbangan kebajikan ini dapat dilihat sebagaimana Carta 1 berikut.

CARTA1

 

Carta 1

STATISTIK SUMBANGAN KEBAJIKAN

AHLI SEUMUR HIDUP TAHUN 2016

 

 

SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI BAHARU

 

Sepanjang tahun 2016 sejumlah RM346,900.45 telah disumbangkan kepada Ahli Baharu yang melibatkan seramai 646 ahli. Daripada jumlah tersebut, sumbangan Kelahiran Anak adalah kategori sumbangan paling tinggi dicatatkan dengan nilai sumbangan berjumlah RM97,200.00 atau 28% yang melibatkan seramai 324 Ahli Baharu.

 

Ini diikuti dengan faedah sumbangan Kemasukan Ke IPTA/IPTS/IPGM (Ahli) iaitu sebanyak RM65,000.00 melibatkan 65 ahli yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Sumbangan kebajikan Khairat Kematian (Ahli) pula adalah sebanyak RM60,000.00 telah dibelanjakan yang melibatkan lima kematian sepanjang tahun 2016.

 

Statistik terperinci nilai sumbangan kebajikan yang dibelanjakan untuk Ahli Baharu sepanjang tahun 2016 sebagaimana Graf 3 berikut.

GRAF3

 

Graf 3

STATISTIK SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI BAHARU

TAHUN 2016

 

 

YGMB menjangkakan perbelanjaan sumbangan kebajikan ahli akan terus meningkat pada tahun-tahun hadapan berdasarkan perkembangan semasa di samping bilangan ahli yang turut meningkat dari semasa ke semasa.

 

LAIN-LAIN SUMBANGAN

 

Selaras dengan visi utama untuk menjadi sebuah organisasi penyayang dan berwibawa daripada guru untuk guru demi memartabatkan kebajikan, YGMB turut menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada pihak-pihak berkaitan seperti Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), kelab guru dan kakitangan, persatuan-persatuan sekolah, jabatan-jabatan pendidikan negeri, pejabat-pejabat pendidikan daerah dan sebagainya.

 

 

Sumbangan ini juga termasuk kepada guru-guru yang kurang bernasib baik atau mengalami sakit kritikal berpanjangan walaupun tidak berdaftar sebagai ahli YGMB. Bahkan YGMB turut terpanggil menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.