Skip to main content
x

PENYAMPAIAN FAEDAH KEBAJIKAN AHLI YGMB DI ALOR SETAR

ALOR SETAR, 16 JANUARI 2019 - Penyampaian kali ini diserahkan kepada Abdul Roni Mustapha (No. Ahli : 74325) yang merupakan Ahli Skim 16 juga Guru Besar SK Pokok Sena, Alor Setar yang menerima faedah kebajikan Khairat Kematian Pasangan berjumlah RM1,000. Pada penyampaian yang sama, Encik Abdul Roni sebagai waris turut menerima tambahan RM8,000 untuk faedah kebajikan Khairat Kematian Ahli bagi Allahyarhamah Ros Nani Iteng (No. Ahli : 160944).

Allahyarhamah adalah Ahli Skim 16 YGMB telah meninggal dunia pada 25 September 2018 akibat penyakit Pneumonia yang dihidapi juga merupakan seorang Guru Besar yang bertugas di SK Seri Bakti, Kuala Nerang, Kedah.

Penyampaian disempurnakan oleh En. Azman Hashim, Pengurus subsidiri YGMB.

Salam Takziah sekali lagi daripada kami YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD.