Skip to main content
x

PENYAMPAIAN KHAS FAEDAH KEBAJIKAN AHLI YGMB DI BATU GAJAH

Satu penyampaian khas telah disempurnakan pada 05 Januari 2019 yang lepas bertempat di Kg. Tersusun Seri Jaya 2, Batu Gajah, Perak.

Penyampaian kali ini diserahkan kepada Puan NOOR FATHIYYAH BINTI ISMAIL balu kepada Allahyarham MUHAMMAD AFIQ AL AMRI BIN ABDUL HAMID ALBAKRI, Ahli Skim 16 YGMB yang telah meninggal dunia pada 11 Oktober 2018 yang lalu akibat serangan jantung ketika berada di rumah sewa beliau di Sabak Bernam.

Allahyarham yang mula menyertai keahlian YGMB pada 23 Februari 2017 meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung anak sulung mereka pada usia kandungan telah mencecah 5 bulan. Sebagai waris, isteri allahyarham layak menerima faedah kebajikan Khairat Kematian Ahli yang berjumlah RM8,000.

Penyerahan yang dilakukan di kediaman keluarga Puan Noor Fathiyyah Ismail telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaimi Rashid, Pengurus Keahlian & Kebajikan YGMB dan disertai bersam En. Azman Hashim, Pengurus subsidiri YGMB.

Diharap penyerahan sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam persediaan menyambut kehadiran anak yang bakal dilahirkan nanti.

Salam Takziah sekali lagi daripada kami Yayasan Guru Malaysia Berhad.