Skip to main content
x

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEAHLIAN YGMB DI AYER KEROH

Penyampaian pada kali ini disempurnakan oleh YBhg. Dato Abd Raof Hussin, Timbalan Pengerusi YGMB mengambil sedikit slot pada Program Transformasi Guru Muda anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang diadakan di Kolej Antarabangsa Putra, Ayer Keroh.

Penyampaian diserahkan kepada :

Uthayakumar Selvarajah selaku waris dan suami kepada Mendiang Teepa A/P Neelamegam , guru dari SJKT Ladang Atherton, Siliau Negeri Sembilan yang menyertai keahlian YGMB sejak Oktober 2016 dan telah meninggal dunia pada 26/04/2018 akibat penyakit Kanser Payudara yang dihidapinya. En. Uthayakumar Selvarajah menerima RM8,000 bagi faedah kebajikan 'Khairat Kematian Ahli'.

Mohd Syahzul Bakri Yunus guru dari SK Bukit Senggeh, Selandar, Melaka yang menerima RM900 sahaja bagi faedah kebajikan 'Elaun Hospital'. Beliau telah menerima rawatan selama 18 hari di Institut Jantung Negara (IJN) daripada 01/07/2018 hingga 18/07/2018 akibat masalah jantung yang dialaminya.

Aniza Hashim guru SK Sawah Raja, Kota, Negeri Sembilan dan Yasmin Khairudin guru SK Klebang Besar, Melaka yang masing-masing menerima RM500 sahaja bagi faedah kebajikan 'Kemasukan Anak ke IPT'

Farhan Najib guru dari SK Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima RM300 untuk faedah kebajikan 'Kelahiran Anak' yang dilahirkan pada 30/04/2018 yang lepas.

Kesemua 5 penerima faedah kebajikan berkenaan adalah Ahli YGMB aktif dengan jenis keahlian Ahli Skim 16. Untuk makluman lanjut tentang jenis keahlian, faedah kebajikan yang disediakan dan terma syarat, sila layari www.ygmb.com.my

Semoga penyampaian pada kali ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ahli-ahli YGMB selagimana semua permohonan adalah memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.