Skip to main content
x

PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA TAJAAN YGMB

KELANTAN, Oktober 2017 – Program Guru Pembina Negara Bangsa tajaan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah diadakan baru-baru ini di Gua Musang pada 30 Oktober 2017 dan Kuala Krai pada 31 Oktober 2017.

Kedua-dua program tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan Skim Keahlian Baharu YGMB. Selaras dengan peranan YGMB untuk membantu meningkatkan profesionalisme guru, YGMB banyak menganjurkan program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara termasuk Program Guru Pembina Negara Bangsa yang diadakan di Gua Musang dan Kuala Krai ini.

Program di Gua Musang diadakan di SM Sains Gua Musang dengan penyampaian ucaptama oleh Timbalan Pengerusi YGMB, Datuk Abdul Raof Hussin. Manakala, program di Kuala Krai pula telah diadakan di SMK Sultan Yahya Petra 1 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Shafruddin Ali Hussin.

Kedua-dua program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.