Skip to main content
x

WARIS ALLAHYARHAMAH CIKGU ZALINA ZULKIFLI TERIMA SUMBANGAN

KOTA BHARU8 Julai 2019, Baru-baru ini YGMB telah menyampaikan sumbangan Khairat Kematian Allahyarhamah Cikgu Zalina Zulkifli kepada waris yang juga suami arwah En. Masri bin Yaacob.

Sumbangan berjumlah RM8,000 telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, En. Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari di pejabat beliau pada 8 Julai 2019 lalu sambil disaksikan oleh Guru Penolong Kanan SK Tegayong, Kota Bharu, Pn. Siti Arija Wardati Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.

Allahyarhamah Cikgu Zalina Zulkifli dahulunya bertugas di SK Tegayong Kota Bharu meningga dunia pada 11 Januari 2019 akibat serangan strok.