Skip to main content
x

YGMB PERLUAS PENGAMBILAN AHLI KEPADA GURU AGAMA NEGERI

KLUANG, 21 Oktober 2017 - Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini memperluaskan Skim Keahlian Baharu kepada lebih 400 orang guru agama di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam satu program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kluang.

Program yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi YGMB, Datuk Abdul Raof Hussin itu turut menyeru semua guru agama untuk menyertai YGMB bagi membolehkan menikmati 16 faedah kebajikan yang ditawarkan.

Faedah itu bukan sahaja untuk warga pendidik di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bahkan diperluaskan kepada warga pendidik yang berkhidmat di bawah agensi-agensi tertentu seperti Majlis Agama Islam Negeri dan IPTA di seluruh negara agar dapat bernaung di bawahnya

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat, Penolong Pegawai Pendidikan Islam Kluang, Ustaz Haji Taufik Othman, Pengerusi PERSAGA Kluang, Ustaz Rosli Samadi.

Sumber: Utusan Online