Skip to main content
x

YGMB SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA WARIS GURU

PASIR MAS, 9 Oktober 2017 –  Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan Khairat Kematian berjumlah RM8,000 kepada waris Allahyarhamah Fatimah Zaharah Malik, 33, yang berkhidmat di SK Sultan Ibrahim (4). Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 8 Ogos yang lalu akibat kanser payudara.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat di SK Sultan Ibrahim (4).

Dalam majlis itu juga, YGMB turut menyampaikan sumbangan kebajikan Khairat Kematian (Pasangan Ahli) yang berjumlah RM1,000 kepada Syumi Rafidah Ab Wahab yang berkhidmat di SMU (A) Datul Ulum Al-Muhammadiah dan telah menjadi ahli YGMB sejak November 2012.