Enter your keyword

post

BUAT JULUNG KALINYA MAT YGMB DILAKSANA DALAM SUASANA KEBIASAAN BAHARU

BUAT JULUNG KALINYA MAT YGMB DILAKSANA DALAM SUASANA KEBIASAAN BAHARU

Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen

KOTA BHARU, 26 Dis 2020 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-26 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berjalan lancar meskipun pertama kalinya dijalankan dalam suasana kebiasaan baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Meskipun begitu, MAT dihadiri oleh seramai 150 orang ahli YGMB yang disahkan kehadiran menerusi prapendaftaran yang dibuat secara atas talian sebelum ini.

MAT Kali Ke-26 turut menyampaikan Anugerah Khas kepada tiga penerima iaitu, Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Negeri Kelantan, Pengasas YGMB, Allahyarham Haji Muhammad Mustapha dan SK Sri Neting, Tumpat yang berjaya merekodkan hampir 100% penyertaan keahlian YGMB yang terdiri daripada guru dan AKP sekolah tersebut.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Pengerusi YGMB, Tuan Haji Aminudin Adam bersama-sama dengan Timbalan Pengerusi, Dato’ Haji Abdul Raof Hussin serta Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat di Hotel H Elite Design dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, MAT kali ini menyaksikan seramai empat orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu telah dilantik iaitu, Amran Ghani, Drs. Ahmad Yani Muhammad, Zainudin Muda dan Mohammad Yong Salleh.

Whatsapp kami
1