{"id":1805,"date":"2023-03-30T22:38:04","date_gmt":"2023-03-30T22:38:04","guid":{"rendered":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=1805"},"modified":"2023-04-15T22:39:46","modified_gmt":"2023-04-15T22:39:46","slug":"ygmb-santuni-ahli-dalam-majlis-iftar-ramadan-serah-hampir-rm80-ribu-manfaat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=1805","title":{"rendered":"YGMB SANTUNI AHLI DALAM MAJLIS IFTAR RAMADAN, SERAH HAMPIR RM80 RIBU MANFAAT"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU, 30 Mac 2023 \u2013 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyerahkan wang bernilai hampir RM80 ribu kepada empat ahlinya sebagai manfaat keahlian mereka dalam Majlis Iftar Ramadan di Raia Hotel &amp; Convention Centre dekat sini hari ini.<\/p>\n<p>Penerima manfaat tersebut terdiri daripada tiga Ahli Skim 18 (AS18) dan satu Ahli Skim 16 (AS16) iaitu wang Khairat Kematian, Keilatan Kekal (cacat kekal) dan Penyakit Kritikal.<\/p>\n<p>Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan &amp; Pengurusan PPD, Tuan Haji Awi Salleh berkata, majlis hari ini bertujuan menyantuni ahli YGMB dan waris mereka yang telah kehilangan orang tersayang dengan penyampaian manfaat diberikan mengikut keahlian masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya majlis hari ini saya kira sangat baik apabila manfaat yang diberikan membuatkan ahli-ahli khususnya warga pendidik boleh merasakan keahlian mereka selama ini adalah berbaloi.<\/p>\n<p>\u201cMalah, sedikit sebanyak ia membantu meringankan bebanan mereka dan keluarga yang sedang ditimpa musibah. Secara tidak langsung, ia juga mampu menjadi pengubat kepada waris dan keluarga yang masih dalam kesedihan terutama apabila Ramadan sudah menjelma,\u201d katanya ketika ditemui selepas majlis dekat sini hari ini.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut berharap agar pihak YGMB terus menggerakkan usaha dalam menyantuni warga pendidik serta menyediakan manfaat terbaik buat mereka seiring dengan perkhidmatan yang disediakan.<\/p>\n<p>\u201cKami di pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan pastinya akan sentiasa mendokong setiap perjuangan YGMB dalam usaha mereka memastikan kebajikan warga pendidik terjamin. Oleh itu, kami akan sentiasa beri suntikan semangat untuk lebih ramai guru sertai YGMB kerana besar manfaatnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada YGMB dan pasukannya kerana telah berjaya menguruskan amanah besar warga pendidik seluruh negara,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pegawai PPD Besut; Tuan Haji Abdullah Zawawi Yahya berkata dia turut gembira apabila dapat melihat ramai ahli YGMB peroleh manfaat di saat mereka benar-benar memerlukan.<\/p>\n<p>\u201cSaya pasti wang manfaat yang diterima hari ini amat besar maknanya buat para penerima. Ujian yang menimpa mereka bukanlah perkara mudah untuk diharungi namun, wang manfaat hari ini sekurang-kurangnya membolehkan mereka pulang dengan sedikit senyuman,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu wang Khairat Kematian AS18 bernilai RM27,004.64 diserahkan kepada waris Allahyarhamah Suriani Mat Sedek, 47 yang meninggal dunia di rumahnya pada 3 Januari lalu.<\/p>\n<p>Dalam majlis sama, dua orang lagi AS18 iaitu Rosmarizal Mahyidin, 47 menerima RM25,077.46 di bawah kategori Penyakit Kritikal akibat serangan strok otak kanan dan Saiful Adli Mohd Noor, 42 yang kehilangan penglihatan mata sebelah kanan menerima RM12,500 di bawah kategori Keilatan Kekal Separa (Kemalangan).<\/p>\n<p>Waris AS16, Allahyarhamah Hasma Chik, 44 yang meninggal dunia akibat kanser payudara pula menerima wang Khairat Kematian bernilai RM8,000.<\/p>\n<p>Kesemua manfaat disampaikan sendiri oleh Awi Salleh diiringi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB; Zainuddin Muda dan Ketua Pegawai Eksekutifnya; Dato\u2019 Wan Munadi Wan Mamat.<\/p>\n<p>Hadir sama dalam majlis itu ialah, Pegawai PPD Besut; Abdullah Zawawi Yahya, Pegawai PPD Kuala Nerus; Kamarudzaman Daud dan Pegawai PPD Kuala Terengganu;\u00a0Jelani\u00a0Sulong<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU, 30 Mac 2023 \u2013 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyerahkan wang bernilai hampir RM80 ribu kepada empat ahlinya sebagai manfaat keahlian mereka dalam Majlis Iftar Ramadan di Raia Hotel &amp; Convention Centre dekat sini hari ini. Penerima manfaat tersebut terdiri daripada tiga Ahli Skim 18 (AS18) dan satu Ahli Skim 16 (AS16) iaitu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1806,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90,89],"tags":[],"class_list":["post-1805","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-90","category-berita"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1805","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1805"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1805\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1807,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1805\/revisions\/1807"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1806"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1805"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1805"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1805"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}