{"id":2074,"date":"2023-05-04T03:11:47","date_gmt":"2023-05-04T03:11:47","guid":{"rendered":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=2074"},"modified":"2023-06-22T03:16:36","modified_gmt":"2023-06-22T03:16:36","slug":"ustaz-mohd-bakhari-sempat-pohon-maaf-titip-pesanan-jaga-anak-anak-sebelum-dijemput-ilahi-isteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=2074","title":{"rendered":"USTAZ MOHD BAKHARI SEMPAT POHON MAAF, TITIP PESANAN JAGA ANAK-ANAK SEBELUM DIJEMPUT ILAHI \u2013 ISTERI"},"content":{"rendered":"<section class=\"wpb-content-wrapper\"><p>[vc_row][vc_column][vc_column_text]<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KUANTAN, 4 Mei 2023 \u2013 \u201cMeskipun sedang berdepan situasi cemas sewaktu dia mengadu sakit dada ketika itu, dia sempat memohon maaf serta menitipkan pesanan kepada saya agar menjaga kesemua anak dengan baik,\u201d demikian kata balu Allahyarham Ustaz Mohd Bakhari Yaacob, 50 iaitu Nor Atikah Mohamed, 53 sejurus ditemui selepas Majlis Penyampaian Manfaat Keahlian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dekat sini hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nor Atikah yang juga merupakan guru Pendidikan Islam (Syariah) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang, Muadzam Shah itu mengakui terkesima dan tergamam ketika mendengar pesanan terakhir arwah suaminya itu namun turut sempat memohon kemaafan sebelum suaminya dibawa ke hospital.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSesungguhnya saya terdiam ketika itu dan mula merasakan sama ada saya atau dia yang akan pergi dahulu. Meskipun dalam keadaan yang tidak bersedia kami sama-sama sempat memohon maaf dan pesanan arwah masih terngiang-ngiang di fikiran saya hingga hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cDia tidak sempat menghantar anak kami melanjutkan pengajian ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ketika itu kerana mengalami demam berpanjangan serta sakit dada, jadi dia pesan agar saya hantar sendiri. Tidak sangka, dia tidak sempat hantar kerana sudah dijemput Ilahi,\u201d ujarnya sebak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam pada itu, Nor Atikah berkata, dia turut meluahkan rasa syukur apabila menjadi salah seorang penerima manfaat wang Khairat Kematian Ahli Skim 16 (AS16) hasil keahlian suaminya sebelum ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya sebenarnya tidak sangka apabila YGMB hadir sendiri menyerahkan wang Khairat Kematian bernilai RM8,000 hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Alhamdulillah ternyata tidak sia-sia penyertaan keahlian arwah selama ini. Wang yang dimiliki ini saya akan guna sepenuhnya untuk membayar hutang kereta arwah yang masih berbaki,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allahyarham Ustaz Mohd Bakhari Yaacob meninggal dunia pada 15 November 2021 akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang cahaya mata iaitu, Hannan Darwisyah Mohd Bakhari; 22, Hannan Ibtisam; 20 dan Harith Zamakhasyairi; 15.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nor Atikah merupakan salah seorang waris penerima manfaat wang Khairat Kematian AS16 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pekan; Tuan Haji Mohd Razali Mustafar sambil diiringi Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah; Mustafa Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB; Dato\u2019 Wan Munadi Wan Mamat dekat sini hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara itu, Pengetua SMK Chini 2, Ahmad Azhar Awang Maharum, 51 yang disahkan patah tulang selangka akibat kemalangan jalan raya pada 21 Januari tahun ini turut menjadi salah seorang penerima manfaat Kemalangan Jalan Raya AS18 YGMB bernilai RM10,000 dekat sini hari ini.<br \/>\nAzhar berkata, dia terlibat dalam satu kemalangan sewaktu keluar bersama isteri dan anak-anaknya dan keadaan hujan lebat telah mengakibatkan kenderaannya terbabas sehingga melanggar pokok sawit.<\/p>\n<p>[\/vc_column_text][\/vc_column][\/vc_row]<\/p>\n<\/section>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>[vc_row][vc_column][vc_column_text] KUANTAN, 4 Mei 2023 \u2013 \u201cMeskipun sedang berdepan situasi cemas sewaktu dia mengadu sakit dada ketika itu, dia sempat memohon maaf serta menitipkan pesanan kepada saya agar menjaga kesemua anak dengan baik,\u201d demikian kata balu Allahyarham Ustaz Mohd Bakhari Yaacob, 50 iaitu Nor Atikah Mohamed, 53 sejurus ditemui selepas Majlis Penyampaian Manfaat Keahlian Yayasan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2079,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[],"class_list":["post-2074","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-90"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2074","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2074"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2074\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2080,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2074\/revisions\/2080"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2079"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2074"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2074"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2074"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}