{"id":2084,"date":"2022-07-01T03:17:43","date_gmt":"2022-07-01T03:17:43","guid":{"rendered":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=2084"},"modified":"2023-06-22T03:20:04","modified_gmt":"2023-06-22T03:20:04","slug":"bekas-pensyarah-mangsa-nahas-terima-sumbangan-rm5500","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=2084","title":{"rendered":"BEKAS PENSYARAH MANGSA NAHAS TERIMA SUMBANGAN RM5,500"},"content":{"rendered":"<section class=\"wpb-content-wrapper\"><p>[vc_row][vc_column][vc_column_text]<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">MELAKA \u2013 Kehidupan seorang bekas pensyarah yang berubah sekelip mata selepas terlibat dalam nahas jalan raya mendapat perhatian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) apabila menerima sumbangan sebanyak RM5,500, di sini semalam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Sofiah Mohamed, 52, dia yang merupakan bekas pengajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) terkejut apabila menerima kunjungan daripada YGMB selepas bersara pada April lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujarnya, dia terlibat dalam nahas pada 2002, namun terpaksa menjalani pembedahan tahun lalu selepas tulang lehernya mula menindih urat saraf akibat kesan jangka masa panjang kemalangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAlhamdulillah sumbangan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga, terutama pendidikan anak-anak setelah suami berhenti kerja untuk menjaga saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cWalaupun kemalangan yang berlaku telah lama, namun sekarang baru saya rasa kesannya dan tahun lalu terpaksa menjalani pembedahan di leher,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dia berkata demikian ketika ditemui pada Program Libat Urus Kepimpinan Guru Penolong Kanan dan Setiausaha HEM bagi sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah tahun 2022 di Auditorium Kompleks Sukan, Melaka Manipal Universiti College.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sumbangan RM5,500 itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat kepada Sofiah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambahnya, dalam pembedahan tersebut doktor telah memasukkan lapan skru di bahagian leher untuk menjarakkan tulang dengan urat sarafnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cWalaupun doktor telah menjelaskan antara risiko selepas pembedahan ialah lumpuh, tetapi Alhamdulillah saya masih lagi boleh bergerak walaupun terbatas dan segala urusan harian diambil alih suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya juga perlu melakukan rutin harian dengan bantuan tongkat untuk memudahkan pergerakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu dua anak itu turut meluahkan terima kasih atas bantuan dihulurkan oleh pihak YGMB.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam pada itu, Wan Munadi berkata, menurut statistik direkodkan, kebanyakan guru menghidap penyakit kritikal dan meninggal dunia adalah golongan berusia antara 35 hingga 55 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKita menyampaikan sumbangan ini kepada Sofea memandangkan dia adalah ahli YGMB sejak 2012 lagi dan kami cakna dengan kebajikan dirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cJadi saya menyeru dan menggalakkan agar warga pendidik untuk menjadi ahli di bawah YGMB bagi memperoleh manfaat bersama,\u201d katanya.[\/vc_column_text][\/vc_column][\/vc_row]<\/p>\n<\/section>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>[vc_row][vc_column][vc_column_text] MELAKA \u2013 Kehidupan seorang bekas pensyarah yang berubah sekelip mata selepas terlibat dalam nahas jalan raya mendapat perhatian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) apabila menerima sumbangan sebanyak RM5,500, di sini semalam. Menurut Sofiah Mohamed, 52, dia yang merupakan bekas pengajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) terkejut apabila menerima kunjungan daripada YGMB selepas bersara pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2085,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[93],"tags":[],"class_list":["post-2084","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-93"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2084","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2084"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2084\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2086,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2084\/revisions\/2086"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2084"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2084"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2084"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}