{"id":2346,"date":"2023-08-15T01:22:18","date_gmt":"2023-08-15T01:22:18","guid":{"rendered":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=2346"},"modified":"2023-09-05T01:25:02","modified_gmt":"2023-09-05T01:25:02","slug":"balu-seorang-guru-syukur-terima-sumbangan-lebih-rm27000-dari-ygmb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=2346","title":{"rendered":"BALU SEORANG GURU SYUKUR TERIMA SUMBANGAN LEBIH RM27,000 DARI YGMB"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR \u2013 \u201cTerima kasih Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang memberikan sumbangan kepada keluarga kami, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban saya membesarkan dua anak yang masih bersekolah,\u201d kata Suraiya Mohd Noor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suraiya Mohd Noor, 46, yang merupakan isteri kepada ahli YGMB, Allahyarham Zaharude Ismail, 51, telah menerima sumbangan Khairat Kematian berjumlah RM27,016.60.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAllahyarham suami yang merupakan seorang pendidik di SK Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab pada 19 Mei lalu akibat jangkitan kuman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya sangat beryukur atas sumbangan yang diberikan oleh pihak YGMB sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSumbangan ini akan digunakan sebaiknya untuk masa depan kedua-dua orang anak saya yang berusia 13 dan 15 tahun,\u201d katanya ketika dihubungi Malaysia Tribune.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Suraiya, keluarganya mendapat manfaat itu hasil daripada caruman Allahyarham sebagai Ahli Skim 18 (AS18) di YGMB.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSumbangan ini juga bukan hanya untuk membantu dalam pendidikan anak-anak sumbangan ini juga akan disimpan dan akan digunakan untuk kecemasan nanti,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, Suraiya turut menerima bantuan khairat kematian pasangan daripada YGMB berjumlah RM2,000.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada masa yang sama, YGMB juga memberikan sumbangan Penyakit Kritikal berjumlah RM25,111.83 kepada Nik Asri Ahmad, 52, yang disahkan menghidap penyakit leukimia pada Jun tahun lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kedua-dua sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Kelantan, Mohd Zamri Abdul Aziz dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato\u2019 Wan Munadi Wan Mamat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 \u201cTerima kasih Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang memberikan sumbangan kepada keluarga kami, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban saya membesarkan dua anak yang masih bersekolah,\u201d kata Suraiya Mohd Noor. Suraiya Mohd Noor, 46, yang merupakan isteri kepada ahli YGMB, Allahyarham Zaharude Ismail, 51, telah menerima sumbangan Khairat Kematian berjumlah RM27,016.60. \u201cAllahyarham [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2347,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[],"class_list":["post-2346","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-90"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2346","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2346"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2346\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2348,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2346\/revisions\/2348"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2347"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2346"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2346"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2346"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}