{"id":9714,"date":"2023-12-07T15:16:39","date_gmt":"2023-12-07T07:16:39","guid":{"rendered":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=9714"},"modified":"2024-01-22T15:26:24","modified_gmt":"2024-01-22T07:26:24","slug":"pampasan-ygmb-tampung-pendidikan-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ygmb.com.my\/?p=9714","title":{"rendered":"PAMPASAN YGMB TAMPUNG PENDIDIKAN ANAK"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA TERENGGANU: Kesedihan seorang guru kehilangan suami secara mengejut pada sembilan bulan lalu sedikit terubat apabila menerima pampasan RM52,023.60 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Noorhayati Salleh, 48, berkata, suaminya, Allahyarham Rospi Abu Bakar, 49, yang merupakan GPK Kokurikulum SK Bukit Perah tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Mac lalu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cWaktu itu arwah suami saya sedang memancing seorang diri di Felcra Pasir Pelata, Hulu Terengganu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKami hanya berjaya menjumpainya terbujur di tebing sungai pada 12 tengah malam berdasarkan lokasi dikirim arwah suami sebelum itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Noorhayati berkata demikian ketika ditemui selepas menerima pampasan tersebut pada Konvensyen Pendidikan Persatuan Guru Besar Kebangsaan, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau menerima pampasan skim YGMB disampaikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Abdul Muie Ngah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut hadir Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato\u2019 Wan Munadi Wan Mamat.<\/p>\n<p>Selain itu, Guru Besar SK Payoh, Ahmad Hazli Abdul Multalib yang kematian isterinya, Yuhaneza M. Yusop turut menerima pampasan RM54,012 pada majlis sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Noorhayati memberitahu, pampasan tersebut akan digunakan untuk pendidikan lima anak mereka yang berusia antara lapan hingga 22 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Guru SK Seri Berang itu berkata, beliau tidak menyangka memperolehi pampasan sebanyak itu walaupun arwah suaminya tidak sampai setahun menyertai Skim Emas YGMB.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cUrusan pembayaran pampasan juga sangat mudah dan mendapat kerjasama YGMB,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara itu, Wan Munadi berkata, YGMB dalam persediaan untuk membantu ahli-ahlinya yang terjejas banjir sepanjang musim tengkujuh ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau berkata, setiap tahun, YGMB memperuntukkan lebih RM150,000 bagi bantuan banjir kepada ahli-ahlinya seluruh negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya meminta ahli-ahli yang terjejas banjir memaklumkan kepada kami agar penyaluran bantuan dapat disegerakan,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Kesedihan seorang guru kehilangan suami secara mengejut pada sembilan bulan lalu sedikit terubat apabila menerima pampasan RM52,023.60 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), baru-baru ini. Noorhayati Salleh, 48, berkata, suaminya, Allahyarham Rospi Abu Bakar, 49, yang merupakan GPK Kokurikulum SK Bukit Perah tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Mac lalu. \u201cWaktu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9715,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[],"class_list":["post-9714","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-90"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9714","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9714"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9716,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9714\/revisions\/9716"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9715"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ygmb.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}