SKIM KEAHLIAN

Organisasi penyayang dan berwibawa daripada guru untuk guru demi memartabatkan profesion keguruan

AHLI SKIM EMAS

Ahli Skim Emas (ASE) mula diperkenalkan pada 2021 sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik di atas sokongan terhadap aktiviti dan peranan YGMB dalam memelihara kebajikan warga pendidik di samping membantu memartabatkan profesion keguruan negara.

Info Lanjut

AHLI SKIM 18

Ahli Skim 18 (AS18) yang diperkenalkan pada 2018 adalah merupakan skim perlindungan dan kebajikan yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan semasa warga pendidik termasuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan.

Info Lanjut

AHLI SKIM 16

Ahli Skim 16 (AS16) diperkenalkan sejak 2012 dengan menawarkan sebanyak 16 manfaat kebajikan sebelum ditambah bagi Rawatan Covid-19 pada 2020 yang menjadikan keseluruhan sebanyak 17 manfaat untuk dinikmati oleh ahli skim ini.

Info Lanjut

AHLI SEUMUR HIDUP

Ahli Seumur Hidup (ASH) merupakan skim keahlian terawal yang diperkenalkan oleh YGMB pada 1994 dengan penyediaan empat manfaat kebajikan.

Info Lanjut

PENCAPAIAN & STATISTIK
1994 - 2023

NILAI BAYARAN MANFAAT

RM0Juta

NILAI BAYARAN MANFAAT
SKIM KEAHLIAN

0

SKIM KEAHLIAN
JUMLAH AHLI

0

JUMLAH AHLI

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah Akta Syarikat pada 7 Mac 1994. YGMB diwujudkan pertama kali dalam sejarah pendidikan negara untuk menjadi payung utama kepada warga pendidik, memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela dalam apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan di samping membantu memartabatkan profesion keguruan dalam melahirkan modal insan berkualiti.

VISI
Organisasi penyayang dan berwibawa daripada guru untuk guru demi memartabatkan profesion keguruan

MISI

  • Mengadakan kebajikan, bantuan serta kemudahan untuk guru
  • Menjana sumber kewangan untuk mengukuhkan dana kebajikan guru
  • Membantu meningkatkan kualiti profesionalisme guru

Penyertaan terbuka kepada warga pendidik berusia 64 tahun ke bawah dengan 11 manfaat.

Penyertaan terbuka kepada warga pendidik berusia 55 tahun ke bawah dengan 19 manfaat.

Penyertaan kepada warga pendidik sehingga mencapai usia 60 tahun sahaja.

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994

INGIN MEMBUAT SEMAKAN ATAU TUNTUTAN?

    ADA PERTANYAAN?

    Klik pada butang hantar dan kami akan cuba menghubungi anda secepat mungkin.

    INGIN BERHUBUNG DENGAN KAMI?

    WHATSAPP KAMI DI  +6019-2865675

    Khidmat Pelanggan