Enter your keyword

post

YGMB SOKONG AHLI SAMBUNG BELAJAR

PUTRAJAYA, 1 Ogos 2017 –Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan bagi faedah Kemasukan Ahli Ke IPTA berjumlah RM1,000 kepada Zuliana Zamzam, guru dari SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya. Beliau sedang mengikuti pengajian secara separuh masa peringkat sarjana di UKM.

Sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat itu turut disaksikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Loh Chieu Imm, Penolong Kanan HEM, Noor Hizah Khalid dan Penolong Kanan Kokurikulum, Norazlen Nin serta guru-guru di sekolah berkenaan.

Whatsapp kami
1