portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU KEMALANGAN PATAH TANGAN TERIMA RM10,000

Galeri

PORT DICKSON – Malang tidak berbau. Itulah nasib yang menimpa salah seorang Ahli Skim 18, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Rajakumar Muthusamy, 34, yang mengalami kemalangan jalan raya hujung tahun lalu.

Kereta yang dipandu oleh Rajakumar itu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah bertentangan ketika dalam perjalanan dari Mantin ke Kuala Lumpur.

Akibat daripada kemalangan tersebut, guru Bahasa Tamil dan Sains di SJKT Ladang Lenggeng itu mengalami patah tangan kiri dan mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Seremban dengan kos sebanyak RM28,208.45 yang ditanggung sepenuhnya oleh pelan perlindungan insurans peribadinya.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan Ahli Skim 18 telah menerima manfaat Kemalangan Jalan Raya bagi tuntutan Kos Perubatan Hospital dengan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 yang disampaikan oleh YDP PIBG SK Lukut, Dr. Nazaruddin Abdul Hadi di satu majlis yang diadakan di sekolah tersebut.

Beliau dalam pada itu menzahirkan penghargaannya kepada YGMB kerana meskipun kos perubatan berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans peribadinya, namun beliau masih layak untuk menerima tuntutan bagi Kos Perubatan Hospital Ahli Skim 18 itu.