ALIRAN TUNTUTAN BIASA

Carta Alir Tuntutan Manfaat Biasa

Carta alir di bawah menunjukkan proses lengkap tuntutan manfaat biasa, daripada penerimaan permohonan sehingga proses semakan, kelulusan dan pembayaran manfaat kepada ahli yang layak.

Carta Alir Tuntutan Manfaat Biasa Yayasan Guru Malaysia Berhad

Terma dan Syarat Umum Tuntutan

  1. Permohonan tuntutan manfaat boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi YGMB www.ygmb.com.my .
  2. Permohonan tuntutan manfaat mestilah lengkap dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Permohonan yang diterima tanpa dokumen sokongan akan dikategorikan sebagai TIDAK LENGKAP.
  3. Permohonan yang diterima melebihi tempoh yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai LEWAT.
  4. Permohonan yang tidak menepati terma dan syarat tuntutan akan dikategorikan sebagai GAGAL.
  5. Permohonan tuntutan manfaat yang lengkap dan tiada sebarang masalah akan diproses dalam tempoh 30 HARI BEKERJA.