Skim Kasih
SKIM KASIH diperkenalkan khusus untuk warga pendidik termasuk Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan pesara pendidikan bermula Januari 2026 selaras dengan keperluan perlindungan semasa.
Skim ini menawarkan 10 manfaat utama dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM152 Ribu serta perlindungan hayat sehingga usia 69 tahun.
Skim Kasih turut menyediakan perlindungan hayat untuk pasangan dan anak ahli dengan yuran berpatutan iaitu serendah RM35 sebulan bagi pasangan dan RM25 sebulan bagi anak.
Skim ini turut mensasarkan Ahli Skim Seumur Hidup, Ahli Skim 16, Ahli Skim 18 dan Ahli Skim Emas untuk menaik taraf keahlian mereka kepada Skim Kasih yang lebih menyeluruh, lebih inklusif dan bernilai tinggi berbanding skim sedia ada.
Terbuka kepada semua warga pendidik yang sedang berkhidmat dan pesara pendidikan di bawah 64 tahun, skim ini diwujudkan sebagai satu usaha YGMB yang berterusan dalam memelihara kebajikan ahli-ahlinya yang kini turut diperluaskan perlindungannya untuk satu keluarga.
Khairat Kematian - Kemalangan
Keterangan
Khairat Kematian - Biasa
Keterangan
Khairat Kematian Pasangan
Keterangan
Khairat Kematian Anak
Keterangan
Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa)
Keterangan
Keilatan Kekal Menyeluruh (Kemalangan)
Keterangan
Penyakit Kritikal
Keterangan
Elaun Hospital
Keterangan
Skim Ahli YGMB
Klik pada mana-mana skim untuk mengetahui maklumat dan manfaat dengan lebih lanjut.
Skim Pendidik Muda
Skim perlindungan asas paling mampu milik serendah RM20 sebulan.
Skim Pendidik Budiman
Skim perlindungan komprehensif sehingga 69 tahun.
Skim Pendidik Perdana
Menawarkan perlindungan keluarga dengan caruman bermula RM49 sebulan.
Skim Sejahtera
Perlindungan lengkap keluarga yang lebih komprehensif disamping penawaran pelbagai manfaat.
Skim Kasih
Skim perlindungan hayat dengan penawaran nilai manfaat yang tinggi kepada ahli dan keluarga serta turut dibuka kepada pesara.
Skim Platinum
Perlindungan premium yang komprehensif bagi menjamin Kebajikan ahli.
Skim Emas
Perlindungan berterusan kepada pesara, membolehkan ahli menikmati manfaat sehingga umur 79 tahun.
Skim 18
19 manfaat kebajikan untuk guru dan kakitangan pendidikan.
Skim 16
17 manfaat kebajikan dengan caruman serendah RM10 sebulan.
Skim Seumur Hidup
Skim keahlian terawal YGMB yang diperkenalkan sejak tahun 1994.