portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

WARIS AS16 TERIMA KHAIRAT KEMATIAN RM8,000

Galeri

KOTA BHARU, 26 Mac 2024 – Yayasan Guru Malaysia Berhad hari ini menyerahkan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM8,000 kepada waris Ahli Skim 16, Allahyarhamah Ustazah Noraini Ismail, 52, yang meninggal dunia pada 23 Januari lalu.

Suaminya, Hamidi Ahmad, 60, yang menghidap strok ketika dihubungi YGMB memaklumkan, isterinya meninggal dunia akibat penyakit berkaitan darah.

Beliau memaklumkan, wang manfaat ini dapat membantu pembiayaan ubat-ubatan dirinya serta anak sulung mereka yang menghidap penyakit sawan.

Allahyarhamah Ustazah Noraini adalah merupakan seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam selama 20 tahun di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang.

Untuk rekod, arwah yang mendaftar sebagai AS16 sejak 2015 itu sebelum ini pernah menerima manfaat bagi kemasukan anak ke IPT sebanyak RM500 pada 2019 dan manfaat bencana banjir juga sebanyak RM500 pada 2022.