KUALA TERENGGANU, 6 Oktober 2024 – Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan Hamdan Hamzah, suami kepada Maizatul Hana Bohari, 52, apabila isteri tercintanya itu meninggal dunia pada Februari yang lalu.
Allahyarhamah Maizatul yang merupakan guru matematik di SMK Guntong, Setiu juga adalah merupakan Ahli Skim 16 meninggal akibat masalah jantung.
Sehubungan itu, Yayasan Guru Malaysia Berhad hari ini menyampaikan manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000 kepada Hamdan dalam satu sesi penyampaian manfaat tersebut di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.