portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

YGMB SERAH DUA MANFAAT KEBAJIKAN KEPADA BALU AHLI SKIM EMAS

Galeri

KOTA BHARU, 14 Oktober 2024 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini menyampaikan tiga manfaat kebajikan ahli kepada Ahli Skim 18 dan waris Ahli Skim Emas di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki.

Dua manfaat yang disampaikan kepada keluarga Allahyarham Wan Sukri Wan Daud yang merupakan Ahli Skim Emas (ASE) adalah merupakan manfaat Elaun Hospital dan Khairat Kematian dengan jumlah sebanyak RM54,174.33. Allahyarham meninggal dunia pada April lalu akibat serangan jantung.

Anak sulung Allahyarham, Wan Muhammad Faris menyatakan rasa syukur dan terharu atas sokongan yang diberikan oleh YGMB di saat-saat sukar ini.

“Ini adalah satu bantuan yang sangat bermakna bagi kami. Saya berterima kasih kepada YGMB atas keprihatinan dan bantuan ini,” ujar Hamidah ketika dihubungi oleh YGMB.

Dalam pada itu, YGMB turut menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal berjumlah RM25,163.52 kepada Ahli Skim 18 (AS18), Mohd Zulhilmi Radzi, 38, yang mengalami masalah buah pinggang.

Pihak YGMB berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban ahli dan waris dalam menghadapi cabaran yang ditimpa musibah. YGMB terus komited untuk memberikan sokongan kepada semua ahli terutamanya yang ditimpa ujian sebegini.