MELAKA, 23 Oktober 2024 – Seorang guru yang mengajar di SK Kem Terendak 2, meninggal dunia akibat kanser buah pinggang telah menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000 yang diserahkan kepada anaknya, Muhammad Ali selaku penama utama bagi manfaat tersebut.
Ahli Skim 16 (AS16) iaitu Allahyarham Nasaruddin Ibrahim meninggal dunia pada usia 54 tahun yang juga merupakan bapa tunggal kepada lima orang anak itu telah mengajar selama 30 tahun sebagai Guru Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu.