KOTA BHARU, 12 Januari 2025 – Anak kepada Allahyarhamah Azizah Kamaruddin yang baru sahaja menjadi Ahli Skim 18 dengan yuran terkumpul sebanyak RM206.00 telah menerima manfaat Khairat Kematian ibunya sebanyak RM27,014.06.
Arwah yang merupakan seorang guru di SMK Puteri meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat pendarahan otak pada Oktober tahun lalu sebelum ini tidak pernah membuat sebarang tuntutan manfaat.
Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Drs. Ahmad Yani Muhammad kepada Nadhirah Asyikin yang ditemui pada sebuah majlis penyerahan manfaat yang diadakan di SMK Ismail Petra.
Pada majlis yang sama, YGMB turut menyerahkan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM8,000 kepada waris Ahli Skim 16 iaitu Allahyarhamah Rosnani Sd Abdullah yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman hujung tahun lalu. Allahyarhamah Rosnani berkhidmat sebagai guru di SK Kedai Tanjong di Pasir Mas.