portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

“TERIMA KASIH YGMB KERANA TUNAIKAN JANJI”

Galeri

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2025 – Itu penghargaan yang diucapkan oleh Mohd Sazali Abd Hamid kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sejak beliau menjadi Ahli Skim Emas pada tahun 2022.

Sazali yang mengalami masalah jantung sejak tiga tahun lalu itu telah menjalani pembedahan pada 2023 kini merasa lebih sihat dan bertenaga untuk terus menjalankan aktiviti harian serta dapat mengajar di sekolah seperti biasa.

“Saya sangat berterima kasih kepada YGMB kerana sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada ahli dan kekecewaan saya terhadap insurans peribadi yang menolak tuntutan saya terubat apabila YGMB meluluskan manfaat Penyakit Kritikal saya ini.”

Tambah Sazali, dengan wang berjumlah RM50,306.10 yang diberikan oleh YGMB kepadanya itu akan digunakan untuk beliau mengerjakan ibadah umrah bersama isteri, Sahinah Mili, di atas penghargaan terhadap penat lelah dalam menjaga dirinya tidak kira siang atau malam semasa beliau dalam proses pembedahan dan rawatan.

Sazali juga dalam pada itu turut menyeru rakan pendidik untuk menjadi ahli YGMB kerana manfaat yang diterima adalah sangat berbaloi lebih-lebih lagi yuran bulanan adalah sangat rendah dan mampu milik oleh semua warga pendidik.

Manfaat Penyakit Kritikal ini diserahkan oleh Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sahsiah Murid BPSH Kementerian Pendidikan, Siti Norfiza Eryani Muslil dalam sebuah program Ceramah Anti-Scam Terhadap Warga Pendidik anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama PDRM dan YGMB yang diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.