portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU SAINS SUKAN MENINGGAL DUNIA DISEBABKAN PNEUMONIA

Galeri

KUALA TERENGGANU, 9 Februari 2025 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyerahkan manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000 kepada waris Allahyarhamah Siti Radhiah Ismail, seorang Guru Sains Sukan yang berkhidmat di SMK Seri Dungun.

Allahyarhamah Siti Radhiah, 41, meninggal dunia pada Ogos tahun lalu akibat jangkitan kuman paru-paru dan kegagalan fungsi organ. Pemergiannya meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil, yang kini bergantung sepenuhnya kepada sokongan keluarga.

Suami arwah Mohd Khairul Amin Mohamed Yajid yang hadir menerima sumbangan tersebut mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh YGMB yang turut meringankan beban keluarga mereka.

Sumbangan ini diberikan melalui Ahli Skim 16 sebagai salah satu manfaat bagi membantu ahli keluarga guru yang terlibat dalam kehilangan anggota keluarga mereka.

Disediakan oleh,
Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli
Eksekutif
Bahagian Sumber Maklumat dan Media
Yayasan Guru Malaysia Berhad