KOTA BHARU – Baru-baru ini, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian Ahli Skim Emas berjumlah RM52,015.08 kepada waris Allahyarham Samsuri Hanipah, iaitu isterinya, Khairulnizam yang juga merupakan Ahli Seumur Hidup (ASH).
Allahyarham Samsuri Hanipah, 57 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung. Kehilangan arwah sebagai ketua keluarga sedikit sebanyak memberi kesan yang sangat mendalam buat ahli keluarga yang ditinggalkan.
Khairulnizam, isteri Allahyarham yang menerima manfaat tersebut, meluahkan rasa terima kasih kepada YGMB atas bantuan yang diberikan. Beliau menyatakan bahawa manfaat Khairat Kematian ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga. “Terima kasih yang tidak terhingga kepada YGMB kerana sentiasa berada di sisi kami dalam saat-saat yang penuh cabaran ini. Sumbangan ini amat bermakna dan memberi sedikit kelegaan bagi kami dalam menghadapi dugaan hidup,” kata Khairulnizam.